"Taknak aku kerja kerajaan!!! Aku lagi rela menganggur sekejap, tunggu panggilan kerja swasta daripada aku kerja government yang ntah apa tu ", rungut Si Pulan bin Si Pulan.
"Govermen?? Taknak la, gaji rendah. Naik gaji pun lambat, itupun ciputt ja!!", tambah Si Pulan.
Itulah antara asbab musabab Goverment Work ini dipandang rendah dan tidak digemari terutamanya dikalangan millenial. Sebaliknya, gaji yang rata rata lagi tinggi, bersesuain dengan jumlah kerja yang diberikan, berbagai company benefits seperti panel klinik, cuti gaji jalan, cuti bersalin, cuti stress, waktu kerja yang fleksibel dan sebagainya adalah mengapa kerja swasta ini menjadi pilihan ramai.
Tapi!!
Ada juga kelebihan kerja govermen ni. Antaranya ialah:
- Pencen. Duit pencen yang dapat menyara kehidupan selepas berhenti kerja.
- Masa depan terjamin. Kurang risiko diberhentikan kerja
- Pinjaman kerajaan yang mudah.
"Honestly, bagi saya kerja kerajaan ini ibarat melabur di Tabung Haji dimana ianya lebih selamat and terjamin. Sebaliknya, kerja swasta ibarat bermain Saham, Kripto dan FCPO, dimana untungnya tinggi tapi hadir dengan risikonya tersendiri"
Namun begitu!!
Saya terjumpa dan tertarik dengan satu perkongsian oleh Zahiruddin Saruji di laman twitternya yang membicarakan tentang PELARASAN GAJI KETIKA MASUK GOVERNMENT.
Ramai yang tidak tahu bahawa pekerja swasta yang ingin memohon pekerjaan kerajaan boleh memohon untuk membuat pelarasan gaji. Untuk yang tidak faham, tujuan pelarasan gaji ini adalah supaya pekerja swasta berpengelaman dapat meminta gaji yang setimpal dengan pengalamannya walaupun baru menjawat jawatan baru di sektor awam.
Steps nya sangat mudah dimana pemohon perlu menyediakan beberapa dokumen yang boleh didapatkan dengan bantuan jabatan dan majikan swasta yang lepas (JADI, JANGAN LUPA AMBIL HATI MAJIKAN DULU DAN SEKARANG π)
Berikut merupakan senarai semak yang diperlukan untuk pelarasan gaji.
πππππππ
"Alhamdulillah, dalam 3 bulan peermohonan saya diluluskan. Gaji saya pun dinaikkan. Kenaikan ikut pengalaman saya tu, 2 tahun pengalaman swasta bersamaan kenaikan setahun gaji government. Puas la hati, ada hasil ππ", ujar Zahiruddin.
Terima kasih kerana sudi membaca. Sila kongsikan pada kenalan yang lain jika artikel ni dapat membantu anda π
Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik pautan dibawah:
Untuk memuat turun borang Senarai Semak Penentuan Gaji Permulaan Pengalaman Swasta, klik disini:
Kredit diberikan kepada:
@zahiruddinfpr
No comments:
Post a Comment